Apr 30, 2014

Sup cendawan ala Thai

Hari ni aku buntu tak tau nak masak apa. Husband pulak jenis tak kisah. So kalau tanya dia pun mesti cakap "masak je apa pun janji sedap".. Erkk yg sedap tu yang susah sikit syg oi..

So aku pun godek la peti ais.. Ada cendawan butang extra masak fettucini cabonara semalam. Hurm.. Cendawan butang boleh masak apa lg ek..

Aku pun google lah macam biasa.. 

Terjumpa resepi ni.. Sup cendawan ala Thai. Ok gak. Husband suka tomyam2 ni. Ok lah! On!

Tengok bahan2 pun simple je. Sonang kojo den.

Cendawan butang 5 biji
Cendawan tiram 20gm
Tomato 1 biji potong wedges
Cili padi 5 biji
Bawang besar 1/2 biji
Bawang putih 4 ulas
2 helai daun limau purut
Sos tiram 1 tbs
Sos ikan 1 ts
Kicap cair 1ts 
Jus limau nipis 1 tbs
Garam secukup rasa

Ketung ketang 15 minit dah siap!


Apr 23, 2014

Raya 2014

As salam..

Tadi ternampak iklan kat TV2 jemput untuk join show Raya! Excitednye! Bukan excited nak join. Excited nak raya! Dengar plak lagu raya adoi tak sabarnya.. 

Tahun ni raya jatuh bulan 7. InsyaAllah 28/7/2014 hari Isnin

Lagi 13 minggu nak raya. Maksudnya lagi 9 minggu nak puasa dah. Dah ganti puasa ker? Hehe! 

Cakap pasal raya aku paling excited pasal baju raya la! Nak design mcm mana, color apa, matching dgn shawl mcm mana bla bla bla.. Tak masuk kasut dan beg raya lagi. Ahh pening.. Haha! Biasalah perempuan. Time raya lah nak melaram lebih. 

Alhamdulillah tahun ni first time beraya sebagai isteri orang. Tak sabarnya! Confirmlah aku nak sedondon dgn suami aku. First time lah katakan.. Hehe! Suami aku tak kisah sgt. Alah, dia bukan excited pun pasal benda mcm ni. Selalu aku jerlah yg over excited. Tak kisah.. Janji dia bayar semua. Miahaha! 

Acutally kain dah lama ada. Dah bertahun dah. Nasib ok lagi kualiti kain dia. Aku beli masa kat Bandung tahun 2012. Konon nak buat baju nikah la. Sekali mak mertua aku nak baju nikah color putih plak.. Hancus plan aku. Huhuhu.. So simpan jerlah kain tu untuk raya ni.. 

So.. tahun ni nak baju mcm mana ek?? Lets google!


Raya RTW 2014 - Nurita Harith


Raya Luxe 2014 - Nurita Harith


JLuxe Collection - Jovian Mandagie



Rizalman 

Hurm.. macam tak banyak design for raya lagi la. Mungkin all designers still busy memerah otak untuk design this year kot. Haha!

Tapi aku suka pic no 3. Mcm unik sikit design dia kan. Peplum kurung modern.

Selalunya time raya ramai yang akan pakai kurung modern, peplum and jubah je. Cuma design jer lain2. Ada yng fit, ada yg loose. Its up to you. Yang penting selesa nak pulun makan time raya nanti. Cant wait! 

P/s : Hurm.. I can feel macam ramai yg akan guna prada lace untuk buat baju raya this year. Tapi tak tau lah kan. Taste orang lain2. 

Till then.

Apr 22, 2014

Obsession - Poplook and Milktee


Online shopping!

My obsession! Sebab aku tak suka sesak-sesak dekat dalam mall. Tak suka cari parking. Tak suka stuck dalam jammed especially during weekend. Like hell. Tambah kalau duduk KL. Pheww!

So the solution is online shopping!! Plus tak ada orang sibuk2 tanya yer cik cari apa? Obviously masuk butik  baju of course cari baju la. Lagi yang mengekor jer buntut belakang kita. Tak selesa kot nak pilih2. Super annoying! 

Whateverlah.

Hari ni aku nak share my favourite online shops : Poplook and Milktee.

Poplook!

Aku start shop dekat Poplook since 2012. My first purchased was on 1/7/2012. Aku beli Penny Chiffon Maxi Dress. Latest collection yg aku suka blouse Chelo. Very comfortable!


For me, yang best dekat Poplook sebab ada points. Loyalty points. For every purchases made, kita boleh collect points and boleh convert the points into a voucher! Kan best macam ni. Lagi excited nak shopping! Haha!

Selain tu, aku suka Poplook sebab layout website dia simple. Tak semak. Tak sakit mata nak shopping. All white website dia so collection dia memang nampak menarik and jelas. For every collection ada details, measurements and care. Material, sizes, all stated there so senang untuk kita decide. 

Poplook selalu (yang aku aware) update new collection every week on Monday and Thusday at 11 am. So must be punctual kalau baju tu cambest. Hehe! Tapi before tu, kena register dulu. Macam biasalah. Kalau dah register, senang sikit nanti nak shopping lagi. Tak payah nak taip balik address yg panjang lebar tu. And kita boleh tengok order history and  most important, loyalty points! Hehe! Plus, it is free international delivery! Beli lah banyak mana pun, postage free. Shop now!


Milktee!

For Milktee, aku baru jumpa last year. Website dia pun simple. All white jugak. Aku suka tops dia. Chic and Simple. Dia banyak jual basic tee. Colour pun more to natural and tak banyak yang striking. Memang aku suka sangatlah! Yang paling best adalah packaging dia. Panggil apa ntah plastic yg ada seal atas dia. Cool! Boleh recycle balik plastic bag tu. Haha!



Simple kan? 

Pic credit to Milktee

So far ada 2 ni jer yg aku selalu shopping. Nanti kalau terjumpa yg cambest aku share lah. Jangan lupa. Shop now!

Regards.

Apr 18, 2014

Slap Chop

As salam..

Pagi Jumaat yang barakah ni aku jumpa satu barang cambest.


Slap Chop!



Picture credit to Google

Before ni pernah tengok kt IG ramai yg dah jual. As a full time housewife, I found this slap chop quite interesting. Yerla, ingat senang nak cincang bawang? Menangis kot! Kalau time kenduri lagi senang guna ni. Takderla menagis makcik-makcik kat dapur potong bawang dah. Haha!

Slap chop ni cambest sebab bukan bawang jer dia boleh cincang, macam2 bahan lagi. Fruits, kacang, salad etc.. Aku dah tengok kat youtube. Mestilah nak tengok macam mana dia function kan. Kang beli ntahpaper kena marah pulak dengan suami. Hehe!



Best la slap chop ni! I think its a must have in all kitchen nowadays. Especially for working mummy out there. Tak payah nak cincang satu2 dah. Sumbat semua and chop! Easy peasy!

Aku tengok current market price slop chop ni around RM40-RM50. I got extra stock in hand if ada yang interested. If ada yang berminat boleh email to me at miszsyazana@gmail.com @ telegram/whatsapp 013-4184764 while stock lasts!

Till then.

Warmest Regards.

Apr 17, 2014

Engagement Day (Off market)

As salam..

As mentioned above.. Itu yg aku nak tulis hari ni.. 

Aku dah couple dgn BF aku (now husband) for more than 6 years (last year) before we decided to get married engaged. Alhamdulillah akhirnya Allah gerakkan jugak hati dia untuk pinang aku. Ingat nak terus couple sampai tua. Haha!

Kitaorang start couple since 2/2/07 masa 2nd year kitaorg buat degree dekat UiTM Shah Alam. Kita penah putus sekejap. Ingat tak sayang sebab apa? Ingat kannnnn.. Haihhh! Malas aku nak ingat. Sakit hati plak nanti. Tak baik sakit hati dengan suami. 

And then aku start kerja dulu. Dia sambung ACCA. Yes, kita budak skema accounting background. Haha! Lupa plak bila dia start kerja. Tapi masa dia still student aku la yg akan 'belanja' bila dating. Dah la PJJ. Sebab aku kerja kat Kedah. Mcm mana aku boleh ended up kt Kedah nanti la aku rajin aku cerita. So biasala baru masuk kerja freshie selalu kena hantar pergi courses. Pergi course kat KL. Bank paid for the air tix. Bertuah iols. Haha! So bila pergi course la baru ada kesempatan untuk jumpa. Bagus gak takderla banyak dosa dating berdua. Hehe! 

Dipendekkan cerita, husband pun dah dapat kerja bagus (Alhamdulillah). So boleh la kot nak tunang dulu kan. Yerla.. masa tu pun dah lama kawan. Mak ayah pun dah bising.. Tapi his side mcm tak agreed sebab dia baru kerja nak bagi dia stabil dulu. Ok fine. 

After 1 year++ dia kerja, mestilah dah stabil kan. Aku paksa gak dia masuk minang aku. Haha! Aku tak larat dah nak tunggu dia masa tu. Siap ugut lagi kalau tak masuk minang gak aku nak cari lain. Aku memang kejam. Terpaksa ok buat mcm tu. Agak kalau aku tak bising duk couple lagi kot la ni (Kedahan). 

Tunang last year 2013 in June. Konon nak tunang masa birthday aku tapi birthday jatuh hari Isnin plak so terpaksa buat 1 day earlier of which on 9/6. Tapi sampai hari ni aku musykil kenapa tema aku tunang color Pink??!! Ok dah terlambat untuk dipersoalkan. Enjoy the pics! 


Now she's my MIL


My mini pelamin tunang and the hantarans


I love this pic =)

Aku cuma sewa pelamin sahaja. Baju tunang and shawl my own. Tunang jer kan tak nak aku pakai baju over macam nak nikah pulak. Kurung modern Zandra from The Sweet Kurung and actually shawl tu adalah veil yang aku pakai jadikan shawl. Heavy beading on top and at the back so bila pakai cantik terletak. Aku beli kat Jakel Shah Alam. Harga RM100++ after discount. Mini pelamin bajet RM400 aku ambil dari Erlina Touch Ipoh. 

Ok sekarang dah pukul 5.30pm. Husband nak balik keja dah. Got to go. 

Till then.

Warmest Regards.

Apr 16, 2014

Resign 24 hours

As salam.. 

Hari ni hari ke-23 aku bergelar suri rumah tangga sepenuh masa! Yes! 24 hours stay at home. Boring yet happy!

Masak, kemas rumah, basuh sidai lipat baju bla bla bla.. Penat juga tapi fikir balik ini yg aku pilih. I got no other choice! But I'm happy now! Alhamdulillah. 

Aku tekad. Ini yg aku pilih.

Aku tekad untuk resign dr position as a Relationship Manager disebuah institusi kewangan no 1 negara.

Why?

Sebab hati aku kosong. Jiwa aku sakit. Aku tak happy and even nak pegi kerja pagi2 pun nak nangis. Parah dah tu. Pergi kerja sebab terpaksa! Orang cakap kalau kerja tak ikhlas kurang berkat gaji yang kita dapat. Nauzubillah.

Bila cakap pasal resign, 3 benda ni yg aku fikir yg kadang2 nak resign pun dah jadi 50-50. Huh! 

1) Cash 
2) Commitment (loan)
3) Cost of living

Memang kalau fikir duit, . . . Speechless. Lepas ni tak boleh shopping suka hati mcm dulu pantang nampak barang cantik terus beli tak fikir panjang dah. Beli baju and kasut setiap bulan pakai belum tentu lagi. No problem. Hello I got money ok. Tapi even boleh shopping all the time the point is I'm not happy! Then I should resign. Ini yg buat aku tekad. 

Lepas kerja and dah stabil of coz korang akan beli kereta. Aku pun.  Puffftt.. Dah la full loan 10 years plak. O/s pun more than half lagi. Fikir siapa nak bayar keta aku nanti. Husband pun ada kereta dia sendiri nak kena bayar bulan2. Nak jual memang sayang sgt. Yerla, first car ok sentimental value sgt tinggi. Beli dgn duit gaji kau sendiri (even pakai loan) ok not from PaMa. But I'm not happy! Nanti jual jerla kereta tu. Car is not appreciated in value pun. Cuma rugi sikit la. But its ok as long as I'm happy! Nasib baik aku tak buat loan rumah. Kalau tak memang menghambakan diri lagi la dekat bank tu sekarang ni. Phew!

3rd point. Start end of Feb aku dah pindah tinggal dgn husband dekat KL in which cost of living sgt tinggi. Semua member/akak2 ofis nasihat aku benda ni sebelum aku resign. Benda ni boleh jadi punca masalah rumahtangga. Memang aku tau and i am aware of it. Tapi kalau emosi kau tak stabil balik kerja lambat dari husband kau pastu nak layan husband kau lagi. Aku boleh gila. Serius. Otak penat badan penat. Emosi tak stabil. Better aku resign for the sake of my little family. Yang penting husband aku redha. Thank u sayang sebab faham saya. 

Setiap hari balik kerja mesti merengek kat husband nak resign nak resign.. Kesian dia. Sampai dia cakap resign jerla. Insha Allah dia mampu tanggung aku. Aku tanya dia redha tak aku resign. He said yes. 

25hb aku ponteng kerja. Dah malas nak kerja. Sebab dah tekad nak resign kan. Apa pun aku sanggup. 26hb pagi aku whatsapp bos bagitau aku nak resign. Whatsapp je skrg ni. IT sangat. Haha! Petang tu aku pergi office submit notis berhenti kerja. Kena ceramah jugak la dgn semua officemate. Tapi aku dgr tak dgr je. Aku kan dah tekad! Bos pun tak boleh ckp apa. Sebab this is my decision. 

Masa tu ringan gila kepala rasa. Macam terlepas beban atas bahu. Ini yg aku cari.

Bumi Allah ni luas. Percayalah rezeki Dia ada di mana2. Hidup ni cuma sekali. Aku cuma nak hidup bahagia and buat apa yg aku nak selama ni. Perniagaan sendiri. InshaAllah, semoga dipermudahkan. 

Tapi yg tak best kena bayar 1 month salary! Huwaaa!! Sebab within 24hours. Tapi takperla. Ini yg aku pilih and aku dah tekad. 

Let me live my life the way I want to. 

Regards,
Proud Ex-Banker

Apr 15, 2014

Kembali

بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
"In the name of Godthe Most Graciousthe Most Merciful."

Allah.. 
Dengan izin-Nya menggerakkan hati aku untuk kembali ke sini.. 
Setelah 3 tahun, aku kembali.. 

Banyak yang aku nak cerita dalam blog ni untuk kenangan, untuk pengajaran, untuk peringatan diri.. 

3 tahun ini penuh kenangan.. 
Nantilah akan aku ceritakan.. 
Jika berkesempatan..

Maaf entri ini agak skema malah untuk aku sendiri pun.. 

Cukup untuk hari ini.. Sebagai tanda aku kembali..

*This is totally not me