Apr 23, 2014

Raya 2014

As salam..

Tadi ternampak iklan kat TV2 jemput untuk join show Raya! Excitednye! Bukan excited nak join. Excited nak raya! Dengar plak lagu raya adoi tak sabarnya.. 

Tahun ni raya jatuh bulan 7. InsyaAllah 28/7/2014 hari Isnin

Lagi 13 minggu nak raya. Maksudnya lagi 9 minggu nak puasa dah. Dah ganti puasa ker? Hehe! 

Cakap pasal raya aku paling excited pasal baju raya la! Nak design mcm mana, color apa, matching dgn shawl mcm mana bla bla bla.. Tak masuk kasut dan beg raya lagi. Ahh pening.. Haha! Biasalah perempuan. Time raya lah nak melaram lebih. 

Alhamdulillah tahun ni first time beraya sebagai isteri orang. Tak sabarnya! Confirmlah aku nak sedondon dgn suami aku. First time lah katakan.. Hehe! Suami aku tak kisah sgt. Alah, dia bukan excited pun pasal benda mcm ni. Selalu aku jerlah yg over excited. Tak kisah.. Janji dia bayar semua. Miahaha! 

Acutally kain dah lama ada. Dah bertahun dah. Nasib ok lagi kualiti kain dia. Aku beli masa kat Bandung tahun 2012. Konon nak buat baju nikah la. Sekali mak mertua aku nak baju nikah color putih plak.. Hancus plan aku. Huhuhu.. So simpan jerlah kain tu untuk raya ni.. 

So.. tahun ni nak baju mcm mana ek?? Lets google!


Raya RTW 2014 - Nurita Harith


Raya Luxe 2014 - Nurita Harith


JLuxe Collection - Jovian Mandagie



Rizalman 

Hurm.. macam tak banyak design for raya lagi la. Mungkin all designers still busy memerah otak untuk design this year kot. Haha!

Tapi aku suka pic no 3. Mcm unik sikit design dia kan. Peplum kurung modern.

Selalunya time raya ramai yang akan pakai kurung modern, peplum and jubah je. Cuma design jer lain2. Ada yng fit, ada yg loose. Its up to you. Yang penting selesa nak pulun makan time raya nanti. Cant wait! 

P/s : Hurm.. I can feel macam ramai yg akan guna prada lace untuk buat baju raya this year. Tapi tak tau lah kan. Taste orang lain2. 

Till then.

No comments: