Apr 17, 2014

Engagement Day (Off market)

As salam..

As mentioned above.. Itu yg aku nak tulis hari ni.. 

Aku dah couple dgn BF aku (now husband) for more than 6 years (last year) before we decided to get married engaged. Alhamdulillah akhirnya Allah gerakkan jugak hati dia untuk pinang aku. Ingat nak terus couple sampai tua. Haha!

Kitaorang start couple since 2/2/07 masa 2nd year kitaorg buat degree dekat UiTM Shah Alam. Kita penah putus sekejap. Ingat tak sayang sebab apa? Ingat kannnnn.. Haihhh! Malas aku nak ingat. Sakit hati plak nanti. Tak baik sakit hati dengan suami. 

And then aku start kerja dulu. Dia sambung ACCA. Yes, kita budak skema accounting background. Haha! Lupa plak bila dia start kerja. Tapi masa dia still student aku la yg akan 'belanja' bila dating. Dah la PJJ. Sebab aku kerja kat Kedah. Mcm mana aku boleh ended up kt Kedah nanti la aku rajin aku cerita. So biasala baru masuk kerja freshie selalu kena hantar pergi courses. Pergi course kat KL. Bank paid for the air tix. Bertuah iols. Haha! So bila pergi course la baru ada kesempatan untuk jumpa. Bagus gak takderla banyak dosa dating berdua. Hehe! 

Dipendekkan cerita, husband pun dah dapat kerja bagus (Alhamdulillah). So boleh la kot nak tunang dulu kan. Yerla.. masa tu pun dah lama kawan. Mak ayah pun dah bising.. Tapi his side mcm tak agreed sebab dia baru kerja nak bagi dia stabil dulu. Ok fine. 

After 1 year++ dia kerja, mestilah dah stabil kan. Aku paksa gak dia masuk minang aku. Haha! Aku tak larat dah nak tunggu dia masa tu. Siap ugut lagi kalau tak masuk minang gak aku nak cari lain. Aku memang kejam. Terpaksa ok buat mcm tu. Agak kalau aku tak bising duk couple lagi kot la ni (Kedahan). 

Tunang last year 2013 in June. Konon nak tunang masa birthday aku tapi birthday jatuh hari Isnin plak so terpaksa buat 1 day earlier of which on 9/6. Tapi sampai hari ni aku musykil kenapa tema aku tunang color Pink??!! Ok dah terlambat untuk dipersoalkan. Enjoy the pics! 


Now she's my MIL


My mini pelamin tunang and the hantarans


I love this pic =)

Aku cuma sewa pelamin sahaja. Baju tunang and shawl my own. Tunang jer kan tak nak aku pakai baju over macam nak nikah pulak. Kurung modern Zandra from The Sweet Kurung and actually shawl tu adalah veil yang aku pakai jadikan shawl. Heavy beading on top and at the back so bila pakai cantik terletak. Aku beli kat Jakel Shah Alam. Harga RM100++ after discount. Mini pelamin bajet RM400 aku ambil dari Erlina Touch Ipoh. 

Ok sekarang dah pukul 5.30pm. Husband nak balik keja dah. Got to go. 

Till then.

Warmest Regards.

No comments: