May 2, 2014

Shah Alam - ABC Fradoo, Ayam Penyet Padang Jawa

As salam..

Hari ni 1st May cuti Hari Pekerja. Happy Labour Day! So i pun off jugak la from all house chores. Hehe! 

So, plan dgn husband semalam nak jalan2 lepas hantar kak long kt KL Sentral. Bosan la lepak rumah jer. Plan 1st nak pergi Jln TAR. Fuh! Nasib baik tak jadi. Boleh plak la cuti2 sanggup habiskan masa buat perhimpunan. Baik korang bwk anak bini pergi beli kain kt Jakel lagi bagus. Haha!

Nak lepak Shah Alam sebab teringin nak makan ABC Fradoo! Husband on jer. Yahooo! 

So lepas hantar kak long terus shoot Shah Alam. Around 1230 sampai terus pergi Seksyen 2 cari ABC. Haha! Syok oo tengah panas pekena ABC Fradoo. Memang terbaiklah! Kitaorang tapau pergi lepak kt tepi tasik Shah Alam tu. 

Ni lah rupanya ABC Fradoo yg famous among students uitm. Boleh cari dekat medan selera seksyen 2. Last aku makan about 4-5 tahun lepas kot. Lama gila! 




Tapi perasan skarang dah tak penuh mcm dulu. Dulu sampai tak boleh tutup kot! Harga RM3.50. Tak pasti harga still sama ker x. Lamo sangat dah ha.. Hehe!

Then cari tempat lunch. Kt Shah Alam memang banyak tempat makan. Bersepah! Dulu time study seksyen 6 la port tapau lunch. Situ murah. Nasi memang banyak gila akak tu bagi. 

Tapi sekarang haruslah cari yg special sikit. Husband suggest makan ayam penyet kat Padang Jawa. Ok lah. On! Situ sedap gak. 

Sampai2 jer mak ai! Tekojut den! Dah maju dah skarang! Dulu kedai cikai jer skrang siap ada parking area kot! 



Memang khas utk customer ayam penyet. Dont worry takder parking ok. Terbaiklah!

Aku lupa nak snap gambar kedai tu. Sebenarnya malu nampak mcm excited sangat jer. Haha! Tak payahlah gambar kedai. Pic makanan jer cukup. Nah! 




Pergh! Rasa still sama. Sambal dia the best in town! Aku makan set pecel lele (keli) husband makan set pecel ayam. Harga??



No wonder tempat ni mmg ramai gila students. Murah weh! Students confirm nak yg murah jer. Haha! Bajet skit.. Dulu makan skali air RM5 je weh! Mana nak dapat. Sedap n murah! Here only in Padang Jawa. Haha!

Masa zaman aku study dulu fresh orange kedai ni singgit jer. Yup! Tengok skrg pun teh ais singgit gak. So aku rasa maybe jus dia pun still singgit. Nak order tapi dah habis plak. Takper. Janji teh ais singgit. Haha! 

Servis tiptop! Laju jer order ko sampai. Kalau kebulur boleh la mkn sini. Tak payah tunggu lama. Kedai pun luas besar bersih banyak meja. 

Maybe yg tak biasa area Shah Alam susah sikit la nak cari kedai ni sbb dlm kawasan kampung padang jawa tu. Boleh try guna waze. Ada lah kot. Tak pun korang ikut jer motor2 student ramai2 tu. diaorang confirm pergi makan kedai ni kalau masuk padang jawa. Haha! 




Takder motif saja nak tempek muka sendiri sebagai penutup. (memang sengaja letak pic mcm ni bukan terbalik ye)

Bye!

2 comments:

Ischialgia said...

Assalamualaikum..Salam kenal dari Blogger Indon.

Wah suka dengan menu Jawa Padang, yang mempunyai taste Manis Jawa dan Pedas dari Padang.

Bagaimana Masakan dari Malay? apakah hampir sama dengan citra rasa Padang?

Syazana said...

Waalaikumsalam.. salam kenal juga dari saya =)

Masakan Malaysia rasanya lebih kuat dari Indonesia kerana banyak guna perasa/perencah masakan. =)

Datanglah ke Malaysia jika punya waktu. =)