Apr 18, 2014

Slap Chop

As salam..

Pagi Jumaat yang barakah ni aku jumpa satu barang cambest.


Slap Chop!



Picture credit to Google

Before ni pernah tengok kt IG ramai yg dah jual. As a full time housewife, I found this slap chop quite interesting. Yerla, ingat senang nak cincang bawang? Menangis kot! Kalau time kenduri lagi senang guna ni. Takderla menagis makcik-makcik kat dapur potong bawang dah. Haha!

Slap chop ni cambest sebab bukan bawang jer dia boleh cincang, macam2 bahan lagi. Fruits, kacang, salad etc.. Aku dah tengok kat youtube. Mestilah nak tengok macam mana dia function kan. Kang beli ntahpaper kena marah pulak dengan suami. Hehe!



Best la slap chop ni! I think its a must have in all kitchen nowadays. Especially for working mummy out there. Tak payah nak cincang satu2 dah. Sumbat semua and chop! Easy peasy!

Aku tengok current market price slop chop ni around RM40-RM50. I got extra stock in hand if ada yang interested. If ada yang berminat boleh email to me at miszsyazana@gmail.com @ telegram/whatsapp 013-4184764 while stock lasts!

Till then.

Warmest Regards.

Apr 17, 2014

Engagement Day (Off market)

As salam..

As mentioned above.. Itu yg aku nak tulis hari ni.. 

Aku dah couple dgn BF aku (now husband) for more than 6 years (last year) before we decided to get married engaged. Alhamdulillah akhirnya Allah gerakkan jugak hati dia untuk pinang aku. Ingat nak terus couple sampai tua. Haha!

Kitaorang start couple since 2/2/07 masa 2nd year kitaorg buat degree dekat UiTM Shah Alam. Kita penah putus sekejap. Ingat tak sayang sebab apa? Ingat kannnnn.. Haihhh! Malas aku nak ingat. Sakit hati plak nanti. Tak baik sakit hati dengan suami. 

And then aku start kerja dulu. Dia sambung ACCA. Yes, kita budak skema accounting background. Haha! Lupa plak bila dia start kerja. Tapi masa dia still student aku la yg akan 'belanja' bila dating. Dah la PJJ. Sebab aku kerja kat Kedah. Mcm mana aku boleh ended up kt Kedah nanti la aku rajin aku cerita. So biasala baru masuk kerja freshie selalu kena hantar pergi courses. Pergi course kat KL. Bank paid for the air tix. Bertuah iols. Haha! So bila pergi course la baru ada kesempatan untuk jumpa. Bagus gak takderla banyak dosa dating berdua. Hehe! 

Dipendekkan cerita, husband pun dah dapat kerja bagus (Alhamdulillah). So boleh la kot nak tunang dulu kan. Yerla.. masa tu pun dah lama kawan. Mak ayah pun dah bising.. Tapi his side mcm tak agreed sebab dia baru kerja nak bagi dia stabil dulu. Ok fine. 

After 1 year++ dia kerja, mestilah dah stabil kan. Aku paksa gak dia masuk minang aku. Haha! Aku tak larat dah nak tunggu dia masa tu. Siap ugut lagi kalau tak masuk minang gak aku nak cari lain. Aku memang kejam. Terpaksa ok buat mcm tu. Agak kalau aku tak bising duk couple lagi kot la ni (Kedahan). 

Tunang last year 2013 in June. Konon nak tunang masa birthday aku tapi birthday jatuh hari Isnin plak so terpaksa buat 1 day earlier of which on 9/6. Tapi sampai hari ni aku musykil kenapa tema aku tunang color Pink??!! Ok dah terlambat untuk dipersoalkan. Enjoy the pics! 


Now she's my MIL


My mini pelamin tunang and the hantarans


I love this pic =)

Aku cuma sewa pelamin sahaja. Baju tunang and shawl my own. Tunang jer kan tak nak aku pakai baju over macam nak nikah pulak. Kurung modern Zandra from The Sweet Kurung and actually shawl tu adalah veil yang aku pakai jadikan shawl. Heavy beading on top and at the back so bila pakai cantik terletak. Aku beli kat Jakel Shah Alam. Harga RM100++ after discount. Mini pelamin bajet RM400 aku ambil dari Erlina Touch Ipoh. 

Ok sekarang dah pukul 5.30pm. Husband nak balik keja dah. Got to go. 

Till then.

Warmest Regards.

Apr 16, 2014

Resign 24 hours

As salam.. 

Hari ni hari ke-23 aku bergelar suri rumah tangga sepenuh masa! Yes! 24 hours stay at home. Boring yet happy!

Masak, kemas rumah, basuh sidai lipat baju bla bla bla.. Penat juga tapi fikir balik ini yg aku pilih. I got no other choice! But I'm happy now! Alhamdulillah. 

Aku tekad. Ini yg aku pilih.

Aku tekad untuk resign dr position as a Relationship Manager disebuah institusi kewangan no 1 negara.

Why?

Sebab hati aku kosong. Jiwa aku sakit. Aku tak happy and even nak pegi kerja pagi2 pun nak nangis. Parah dah tu. Pergi kerja sebab terpaksa! Orang cakap kalau kerja tak ikhlas kurang berkat gaji yang kita dapat. Nauzubillah.

Bila cakap pasal resign, 3 benda ni yg aku fikir yg kadang2 nak resign pun dah jadi 50-50. Huh! 

1) Cash 
2) Commitment (loan)
3) Cost of living

Memang kalau fikir duit, . . . Speechless. Lepas ni tak boleh shopping suka hati mcm dulu pantang nampak barang cantik terus beli tak fikir panjang dah. Beli baju and kasut setiap bulan pakai belum tentu lagi. No problem. Hello I got money ok. Tapi even boleh shopping all the time the point is I'm not happy! Then I should resign. Ini yg buat aku tekad. 

Lepas kerja and dah stabil of coz korang akan beli kereta. Aku pun.  Puffftt.. Dah la full loan 10 years plak. O/s pun more than half lagi. Fikir siapa nak bayar keta aku nanti. Husband pun ada kereta dia sendiri nak kena bayar bulan2. Nak jual memang sayang sgt. Yerla, first car ok sentimental value sgt tinggi. Beli dgn duit gaji kau sendiri (even pakai loan) ok not from PaMa. But I'm not happy! Nanti jual jerla kereta tu. Car is not appreciated in value pun. Cuma rugi sikit la. But its ok as long as I'm happy! Nasib baik aku tak buat loan rumah. Kalau tak memang menghambakan diri lagi la dekat bank tu sekarang ni. Phew!

3rd point. Start end of Feb aku dah pindah tinggal dgn husband dekat KL in which cost of living sgt tinggi. Semua member/akak2 ofis nasihat aku benda ni sebelum aku resign. Benda ni boleh jadi punca masalah rumahtangga. Memang aku tau and i am aware of it. Tapi kalau emosi kau tak stabil balik kerja lambat dari husband kau pastu nak layan husband kau lagi. Aku boleh gila. Serius. Otak penat badan penat. Emosi tak stabil. Better aku resign for the sake of my little family. Yang penting husband aku redha. Thank u sayang sebab faham saya. 

Setiap hari balik kerja mesti merengek kat husband nak resign nak resign.. Kesian dia. Sampai dia cakap resign jerla. Insha Allah dia mampu tanggung aku. Aku tanya dia redha tak aku resign. He said yes. 

25hb aku ponteng kerja. Dah malas nak kerja. Sebab dah tekad nak resign kan. Apa pun aku sanggup. 26hb pagi aku whatsapp bos bagitau aku nak resign. Whatsapp je skrg ni. IT sangat. Haha! Petang tu aku pergi office submit notis berhenti kerja. Kena ceramah jugak la dgn semua officemate. Tapi aku dgr tak dgr je. Aku kan dah tekad! Bos pun tak boleh ckp apa. Sebab this is my decision. 

Masa tu ringan gila kepala rasa. Macam terlepas beban atas bahu. Ini yg aku cari.

Bumi Allah ni luas. Percayalah rezeki Dia ada di mana2. Hidup ni cuma sekali. Aku cuma nak hidup bahagia and buat apa yg aku nak selama ni. Perniagaan sendiri. InshaAllah, semoga dipermudahkan. 

Tapi yg tak best kena bayar 1 month salary! Huwaaa!! Sebab within 24hours. Tapi takperla. Ini yg aku pilih and aku dah tekad. 

Let me live my life the way I want to. 

Regards,
Proud Ex-Banker

Apr 15, 2014

Kembali

بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
"In the name of Godthe Most Graciousthe Most Merciful."

Allah.. 
Dengan izin-Nya menggerakkan hati aku untuk kembali ke sini.. 
Setelah 3 tahun, aku kembali.. 

Banyak yang aku nak cerita dalam blog ni untuk kenangan, untuk pengajaran, untuk peringatan diri.. 

3 tahun ini penuh kenangan.. 
Nantilah akan aku ceritakan.. 
Jika berkesempatan..

Maaf entri ini agak skema malah untuk aku sendiri pun.. 

Cukup untuk hari ini.. Sebagai tanda aku kembali..

*This is totally not me